• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Jejak Asnaf Bantuan Bina Rumah dan Bantuan Modal Di Daerah Selama

Jejak Asnaf Bantuan Bina Rumah dan Bantuan Modal Di Daerah Selama

SELAMA , 20 Ogos 2018 - Jejak Asnaf bantuan bina rumah dan bantuan modal telah diadakan di Mukim Ijok dan Mukim Hulu Selama.Program Jejak Asnaf ini telah dihadiri oleh Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, AF Ustaz Bakri bin Lee bersama sama dengan Puan Noor Wahida Binti Abu Seman (Pengurus Unit Pemerkasaan Asnaf),AF Ustaz Ahamad Muzammil bin Arbain (Pengurus Unit Pembangunan Asnaf), Pegawai Baitulmal Daerah Taiping, AF Ustaz Mohd.Hafizzie bin Abdul Karim diiringi oleh Pegawai Baitulmal Daerah Selama, AF Ustaz Muhammad Naquib bin Mohamd Tarmizi.

Skuad Jejak Asnaf yang terlibat telah menziarahi rumah Pn.Mek Pong binti Mat Ali di Kampung Masjid, Ijok dan rumah En.Abdul Rahman bin Ahmad di Kampung Sungai Simpul, Ijok. Semasa lawatan, pegawai yang terlibat telah menemuduga Pn.Mek Pong dan En.Abdul

Rahman untuk Skim Bantuan Bina Rumah. Sumbangan berupa wang tunai dan kotak makanan telah diserahkan semasa program ini. Skuad Jejak Asnaf juga telah dibawa untuk melawat ke bengkel pembuatan golok oleh penerima bantuan modal MAIPk Selama, En.Mohd.Ridzuan bin Harun di Kampung Paya.Simpang 3, Mukim Hulu Selama. Perusahaan golok yang diusahakan oleh En.Ridzuan telah menunjukkan kemajuan dari segi tempahan yang diterima dan akan diperluaskan mengikut permintaan semasa.










.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.