• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyampaian Sumbangan kepada NGO Islam Negeri Perak, Persatuan Mubaligh Islam Negeri Perak, Pusat Jagaan, Rumah Anak Yatim

Majlis Penyampaian Sumbangan kepada NGO Islam Negeri Perak, Persatuan Mubaligh Islam Negeri Perak, Pusat Jagaan, Rumah Anak Yatim

IPOH, 6 Disember 2018Satu Majlis Penyampaian Sumbangan kepada NGO Islam Negeri Perak, Persatuan Mubaligh Islam Negeri Perak, Pusat Jagaan, Rumah Anak Yatim di Hotel Seri Malaysia, Ipoh Perak. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) sentiasa memastikan golongan yang menerima wang zakat mendapat manfaat dan dapat menggunakan wang tersebut dengan hikmah.

Program ini menfokuskan kepada penyampaian sumbangan kepada 23 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam di Negeri Perak, 8 Persatuan Mubaligh Islam dan 3 Pusat Jagaan bagi tahun 2018. Program ini telah bermula pada tahun 2014 di mana sebanyak 14 (NGO) Islam di Negeri Perak telah menerima sumbangan daripada pihak MAIPk, diikuti dengan tahun 2015 sebanyak 18 NGO telah menerima sumbangan daripada pihak MAIPk, seterusnya 20 NGO bagi tahun 2016 dan 23 buah NGO pada tahun 2017. Turut sama disampaikan juga sumbangan kepada agensi, Bantuan Peralatan Persekolahan dan Perkapita kepada anak-anak yantim dibawah 23 Pusat Jagaan Anak Yatim.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Tuan Haji Mohd. Haidi bin Sulaiman dan telah dihadiri Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) Puan Hajjah Wan Maizura binti Haji Wan Zahari, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat A.F. Ustaz Bakri bin Lee serta pegawai-pegawai dan pekhidmat MAIPk.















.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.