• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan Wakaf Tahun 2013 Daerah Hilir Perak

Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan Wakaf Tahun 2013 Daerah Hilir Perak

TELUK INTAN Pejabat MAIPk Teluk Intan menganjurkan satu majlis ilmu bertajuk "Wakaf Suatu Pelaburan Akhirat" serta penyerahan Sijil Penghargaan Wakaf Tahun 2013 pada 04 Jun 2013. Majlis ini disertai oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Kariah seluruh masjid Daerah Hilir Perak. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Sahibul Fadhilah Ustaz As'ad bin Awang, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Majlis perasmian penutup serta penyerahan Sijil Penghargaan Wakaf kepada 25 individu yang mewakafkan tanah-tanah mereka sebagai wakaf saraan disempurnakan oleh YBrs. Ustaz Mohd Haidi bin Sulaiman, Ketua Penolong Setiausaha Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak. Turut hadir pada majlis ini ialah Pegawai Baitulmal Daerah, Ustaz Ahmad Nazim bin Md. Tajuri serta Pegawai-Pegawai Baitulmal Daerah. Semoga amal mereka diganjari oleh Allah SWT serta dapat menjadi ikutan oleh masyarakat Islam yang lain.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.