• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Perasmian Pelancaran Skuad Prihatin Asnaf Majlis Agama Islam Dan€Adat Melayu Perak

Majlis Perasmian Pelancaran Skuad Prihatin Asnaf Majlis Agama Islam Dan€Adat Melayu Perak

IPOH, 17 FEBRUARI 2014: Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) mengadakan Majlis Perasmian Pelancaran Skuad Prihatin Asnaf Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Majlis ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dr. Amiruddin bin Muhamed. Tetamu yang hadir ke program ini ialah Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak, YBrs. En. Rahmat bin Ismail, Timbalan Pengarah I Jabatan Kebajikan Masyarakat, En. Mohamad Nasir bin Suratman dan Ketua Pegawai Eksekutif PKEINPk Sdn. Bhd., Tuan Haji Mohamad Tarmizi bin Taib.

2. Kewujudan Skuad Prihatin Asnaf merupakan suatu bentuk inovasi dalam penyaluran bantuan kepada masyarakat. Skuad ini ditubuhkan untuk menyalurkan bantuan segera kepada masyarakat yang ditimpa musibah. Di samping itu, golongan Fakir dan Miskin yang hidup melarat dan kesempitan tanpa pernah mendapat apa-apa bantuan sama ada daripada pihak kerajaan, institusi zakat, badan-badan korporat maupun orang persendirian segera didekati serta diberi bantuan segera yang sewajarnya.

3. Skuad Prihatin Asnaf bergerak melaksanakan operasi sejurus menerima maklumat daripada masyarakat seperti pasukan keselamatan, media massa, pemimpin-pemimpin di pelbagai peringkat komuniti masyarakat atau para pekhidmat MAIPk di daerah. Jika berlaku musibah kepada sebahagian masyarakat atau didapati terdapat keluarga yang susah belum menerima apa-apa bantuan boleh dimaklumkan kepada pihak MAIPk di talian 05-2084000.

4. Para penerima bantuan daripada Skuad Prihatin Asnaf akan menerima bantuan awal iaitu bantuan wang tunai serta barangan dapur atau peralatan asas. Selepas itu, bantuan-bantuan lain yang bersifat menyeluruh akan disalurkan setelah menerima laporan daripada pegawai yang turun di lapangan.

5. Antara tujuan kewujudan Skuad Prihatin Asnaf adalah seperti berikut:

      i.     Sebagai medium perantara yang mudah antara masyarakat dan MAIPk tanpa melalui proses birokrasi yang panjang apabila berlaku                      sesuatu musibah.

      ii. Menunjukkan kepekaan dan sensitiviti institusi zakat terhadap keperluan golongan yang memerlukan.

      iii.    Memupuk sikap bersegera amil dalam menjalankan tanggungjawab agihan zakat kepada asnaf yang layak.

      iv. Memperkasakan agihan zakat dengan cara mencari asnaf-asnaf yang memerlukan berbanding hanya tertakluk dengan menunggu                        permohonan semata-mata.

      v. Mempromosikan kewajipan berzakat secara lebih komprehensif dengan mengamalkan budaya kreatif, inovatif dan penuh integriti.

6. Di samping itu, dalam majlis yang sama, pihak MAIPk menyerahkan beberapa bantuan kepada penerima-penerima bantuan seperti berikut

BIL.

NAMA PENERIMA

JUMLAH BANTUAN

(RM)

JENIS BANTUAN

1.

Aminah binti Haji Arshad

(RPT Kg. Sri Aman, Ipoh)

35,000

Bantuan Rumah

(2 Bilik)

2.

Zainal Bin Yusoff

(Kg. Lubok Pusing, Changkat Kruing, Perak)

13,000

Bantuan Modal

(Bot dan Enjin)

3.

Zahari bin Manaf

(Taman Gunung View)

9,200

Bantuan Modal

(Mesin Santan)

4.

Abu Bakar bin Omar

(Kuarters JKR Gunung Lang)

1,000

Maslahah Am

(Kebakaran)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.