• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk Slim River Menjejak Asnaf

SLIM RIVER - Dalam usaha mencapai objektif penyampaian agihan zakat secara terus dan menyeluruh kepada asnaf, satu program Jejak Asnaf telah dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Daerah Slim River untuk menjejaki golongan yang diketegorikan sebagai asnaf Mutaaffifun pada 10 Mac 2014. Asnaf ini ialah golongan fakir miskin yang memerlukan bantuan tetapi kurang maklumat dan pendedahan berkenan skim bantuan yang pihak MAIPk sediakan.

Program ini direncanakan dengan kerjasama ketua-ketua masyarakat bagi membolehkan pihak MAIPk turun padang sehingga ke pendalaman kampung untuk mendekati golongan asnaf ini. Program begini dilihat sebagai aktiviti serampang dua mata kepada pihak MAIPk dalam usaha memberi bantuan dan mempromosikan agihan zakat itu sendiri kepada masyarakat awam.

Program Jejak Asnaf ini bermula pada jam 8.30 pagi dengan melibatkan 4 buah kampung dan 9 buah rumah di sekitar Mukim Slim River. Turut hadir di dalam program ini Penolong Setiausaha Bahagian Zakat A.F. Ustaz Bakri b Lee bersama-sama Skuad Prihatin Asnaf MAIPk untuk turun melihat keadaan asnaf yang sebenar. Lawatan ke 9 buah rumah asnaf bermula dari Kampung Rasau, Kampung Pasir, Kampung Lintah Piung dan berakhir di Kampung Balun.

Ketika lawatan pihak MAIPk telah menyampaikan sedikit bantuan berupa barangan asasi harian bagi meringan sedikit bebanan yang ditanggung oleh mereka. Tindakan selanjutnya akan diambil oleh pihak MAIPk Daerah Slim River bagi memastikan bantuan yang diperlukan dapat disalurkan terus kepada mereka yang layak.

Perjalanan mendekati masyarakat ini dilihat satu langkah yang sangat baik dalam menyelami kehidupan masyarakat yang dipanggil asnaf Mutaaffifun. Program ini telah berjaya dijalankan dan tamat pada jam 2.00 petang.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.