• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Perasmian Masjid Al Mukmin, Kampung Batu 3 Jalan Pahang, Tapah dan Penyerahan Zakat Daerah Tapah
Tapah, 26 Jun 2016 - Majlis Perasmian Masjid Al Mukmin, Kampung Batu 3 Jalan Pahang, Tapah telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 26 Jun 2016 yang lalu.

Dalam majlis tersebut Baginda berkenan untuk berbuka puasa bersama rakyat jelata dan kemudiannya menunaikan solat Maghrib bersama tetamu kehormat, jemputan dan masyarakat setempat di masjid itu.

Pada majlis itu Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan bantuan zakat daripada Majlis Agama Islam Perak sebanyak RM104,600 kepada penghulu yang mewakili 523 penduduk setempat dari empat mukim. Empat mukim tersebut ialah Batang Padang yang menerima sebanyak RM15,600, Chenderiang (RM29,600), Bidor (RM14,400), dan Sungkai (RM45,000).

Sejurus selepas itu, baginda berkenan menunaikan solat Isyak dan solat Tarawih bersama tetamu kehormat, jemputan dan masyarakat setempat di masjid itu.








.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.