• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk Ziarah Asnaf di Daerah Bagan Datuk

Hutan Melintang, 18 Januari 2017 - Sempena program Pemukiman Menteri Besar Perak di Daerah Bagan Datuk, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menyertai program menziarahi asnaf di sekitar Hutan Melintang. Program ini melibat MAIPk daripada ibu pejabat dan MAIPk Daerah Teluk Intan di mana pihak MAIPk telah diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dr. Amiruddin Bin Muhamed. Turut serta ialah Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat MAIPk, Ustaz Bakri Bin Lee, Pengurus Unit Pembangunan Asnaf Bahagian Agihan Zakat MAIPk, Ustaz Ahmad Muzammil Bin Arbain, Pegawai Baitulmal Daerah MAIPk Teluk Intan, Encik Zul-Azri Bin Hosaini serta pegawai-pegawai MAIPk.

Pihak MAIPk telah menziarahi sebanyak 10 buah rumah di mana ianya terdiri daripada asnaf fakir miskin dan muallaf. Program menziarahi asnaf seperti ini dapatmenyelami permasalahan hidup asnaf, di samping melihat keperluan lain yang layak disantuni oleh pihak MAIPk. Dalam pada masa yang sama, pihak MAIPk turut mengemas kini maklumat keluarga daripada ziarah tersebut. Ziarah ini juga merupakan satu kesinambungan melalui Skuad Prihatin Asnaf MAIPk yang sentiasa melaksanakan kerja mencari dan mendekati golongan asnaf dalam membantu mereka ini yang amat memerlukan bantuan bagi menyara hidup kehidupan mereka.

Selain itu, pihak MAIPk turut membuka kaunter zakat bergerak bagi menyalurkan sumber maklumat dan memberi kemudahan kepada masyarakat setempat untuk mengetahui dengan lebih dekat mengenai MAIPk dan fungsi MAIPk. Masyarakat setempat juga boleh mendapatkan perkhidmatan pengiraan dan membayar zakat. Pihak MAIPk akan membuka kaunter bergerak ini di sepanjang program Pemukiman Menteri Besar Daerah Bagan Datuk sehingga 21 Januari 2017.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.