• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Lawatan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) Ke Perak

Lawatan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) Ke Perak

Ipoh 17-18 April 2017- Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menerima kunjungan daripada pegawai-pegawai daripada Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Rombongan seramai empat orang dari MAIDAM telah diketuai oleh Encik Romaini bin Abdul Manap, selaku Juruaudit Dalam MAIDAM. Sesi taklimat telah diadakan di Dewan Persidangan MAIPk, Tingkat 5, KIDR. Rombongan daripada MAIDAM adalah dalam rangka lawatan untuk meninjau kaedah bantuan binarumah / baikpulih rumah asnaf, program pemerkasaan asnaf yang dilaksanakan oleh MAIPk serta lawatan ke Masjid Muhammadiah (Masjid Cina). Sehubungan itu rombongan dari MAIDAM telah dibawa melawat ke kawasan Perkampungan Gugusan Manjoi dan Chemor untuk meninjau projek-projek bantuan bina rumah. Disamping itu rombongan dari MAIDAM telah dibawa melawat ke Projek Pemerkasaan Asnaf di Batu Gajah, Pusing dan Meru Raya yang melibatkan industri perkayuan, perkhidmatan mencuci kereta dan gunting rambut. Sebelum mengakhiri lawatan, rombongan dari MAIDAM telah dibawa melawat ke Masjid Muhammadiah (Masjid Cina), Ipoh. Pihak Jawatankuasa Masjid telah memberikan taklimat ringkas berkenaan masjid tersebut. Semoga hubungan yang erat antara kedua-dua Institusi Majlis Agama ini dapat diperkukuhkan demi kepentingan ummah.














.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.