Taklimat Zakat Di SMK Tg Rambutan

20 Oktober 2012, - Sabtu Ustaz Munawir bin Mohamed Noh, Eksekutif Zakat dari Unit Dakwah dan Promosi, MAIPk telah mengadakan taklimat zakat di sekolah tersebut. Seramai 40 orang guru dan kakitangan sekolah telah hadir mendengar taklimat beliau. Taklimat meliputi pengenalan kepada jenis-jenis zakat, pengagihan wang zakat dan isu-isu zakat. MAIPk sentiasa mengharapkan komitmen yang berterusan daripada pihak sekolah dalam memperkasakan amalan berzakat khususnya zakat pendapatan potongan gaji di kalangan warga pendidik.



Kod QR
Scan the QR Code on your smartphone for mobile version.