• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Siaran Media Majlis Penganugerahan Watikah

SIARAN MEDIA

Majlis Penganugerahan Watikah

  1. Lantikan Ahli-Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak;
  2. Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak; dan
  3. Hakim-Hakim Mahkamah Syariah Negeri Perak.

Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan oleh kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan

Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Pembangunan Dana Wakaf MAIPk Dan Persatuan Institusi Perbankan Islam

Malaysia (AIBIM)

TARIKH: 04 JANUARI 2018

TEMPAT: DEWAN AL-GHAZALI, TINGKAT 2, KOMPLEKS ISLAM DARUL RIDZUAN, IPOH, PERAK

Majlis Penganugerahan Watikah Lantikan

Ahli-Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
Selaras dengan seksyen 11, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah berkenan untuk melantik 22 individu yang terdiri daripada seorang Yang DiPertua, 20 Ahli dan seorang Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) sebagai ahli MAIPk. Lantikan adalah bagi tempoh selama tiga tahun mulai 01 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2020. Senarai nama-nama Yang DiPertua, Ahli dan Setiausaha MAIPk berkenaan boleh dirujuk pada Lampiran A.
  1. DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan turut berkenan menganugerahkan watikah lantikan Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan Hakim-Hakim Mahkamah Syariah Negeri Perak. Senarai nama-nama ahli-ahli tersebut boleh dirujuk pada Lampiran B.
Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan oleh kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
  1. Pada majlis yang sama juga, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan turut berkenan menerima pembayaran cek-cek zakat perniagaan daripada beberapa individu dan agensi seperti berikut

BIL.

NAMA PEMBAYAR / AGENSI

NAMA PENYERAH

JUMLAH

1

DATO SYED ABU HUSSIN BIN HAFIZ SYED ABDUL FASAL

Syed Amir Nidzamuddin bin Dato Syed Abu Hussin

RM 2,020,300.00

2.

EDGENTA MEDISERVE SDN. BHD.

Encik Ahmad Zamri bin Said

(Pengarah Urusan)

RM 331,371.00

3.

RISDA

Tuan Haji Fikri bin Ghani

(Pengarah RISDA Perak)

RM 242,416.63

4.

GITN SDN. BERHAD

Tuan Haji Badrul Hisham

bin Bahari

(Pengurus Besar TM Perak)

RM 93,333.33

JUMLAH KESELURUHAN

RM 2,687,420.96

Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Pembangunan Dana Wakaf MAIPk Dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM)
  1. Turut diadakan dalam majlis tersebut ialah Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Pembangunan Dana Wakaf MAIPk dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) yang diadakan di hadapan kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah. Usahama Pembangunan Dana Wakaf MAIPk dengan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) akan melibatkan 6 bank ahli persatuan tersebut iaitu Affin Islamic Bank Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia, Bank Kerjasama Rakyat Berhad, RHB Islamic Bank Berhad dan Maybank Islamic Berhad. Bank-bank ini akan menyediakan platfom untuk pengutipan dana wakaf daripada penyumbang melalui saluran-saluran sedia ada. Dana wakaf terkumpul akan diagihkan kepada projek-projek yang menjurus kepada sektor kesihatan, pendidikan dan pemerkasaan ekonomi. Bank-bank ini akan membantu pihak Majlis menjalankan pemasaran dan pelaporan balik projek bagi membina keyakinan penyumbang-penyumbang dana wakaf.

Diedarkan oleh:

Unit Perhubungan Korporat

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak

04 Januari 2018








.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.