• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MAIPk Tahun Penilaian 2017

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MAIPk Tahun Penilaian 2017

IPOH - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun penilaian 2017 bertempat di Dewan Al-Ghazali, Tingkat 2 Kompleks Islam Darul Ridzuan pada 10 April 2018. Majlis APC ini diadakan untuk mengiktiraf dan menghargai perkhidmatan cemerlang yang diberikan oleh kakitangan MAIPk dalam melaksanakan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa dan seterusnya ucapan aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Dato' Dr. Amiruddin bin Muhamed. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Dato Seri Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin. Dalam majlis ini, seramai 24 orang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 24 orang menerima Anugerah Perkhidmatan Terpuji, 2 orang pekhidmat MAIPk yang sudah lama berkhidmat menerima Hadiah Menunaikan Haji, 3 Anugerah Pengurusan Pejabat Terbaik, 5 Anugerah Daya Usaha, dan 3 Anugerah YDP MAIPk. Tahniah diucapkan kepada semua penerima APC bagi tahun 2017. Semoga semua pekhidmat MAIPk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang.






















.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.