• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Program Anak Angkat Bersama Yayasan Pelajaran MARA (YPM)

Program Anak Angkat Bersama Yayasan Pelajaran MARA (YPM)

Ipoh, 12 April 2018 - Alhamdulillah, pelajar Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk 2013, Nur Syaza Syahirah Binti Eddy telah memperolehi keputusan yang amat cemerlang iaitu 9A bagi SPM 2017. Rakan sepejuangnya Ainon Syafiqah Binti Mohd Samsudin serta Siti Syakirah Binti Mohd Samsudin memperolehi 8A manakala Nur Ain Najihah Binti Mohd Azahari 6A. Malahan, rakan-rakannya yang lain masing-masing memperolehi keputusan yang amat memberangsangkan iaitu purata 5A.
Kejayaan yang dicapai oleh anak-anak ini cukup membanggakan dan peluang yang dibuka oleh pihak YPM untuk menjalankan Program Anak Angkat serta bertanggungjawab untuk membimbing dan membantu para pelajar untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan kemahiran insaniah pelajar. Malahan YPM turut akan menyediakan program-program yang bersesuaian termasuk menyediakan kelas bimbingan / tuisyen kepada pelajar-pelajar Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk.
Program Anak Angkat ini akan melibatkan kesemua pelajar Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk iaitu seramai 435 orang bermula tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
(Sumber: FB Zakat Perak-MAIPk)






.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.