• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Program Jejak Asnaf 2018 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Daerah Gerik

Program Jejak Asnaf 2018 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Daerah Gerik

GERIK, 19 September 2018 Bagi menterjemahkan dan memperkasakan keprihatinan MAIPk terhadap golongan-golongan yang tidak bernasib baik, MAIPk telah mengadakan program Jejak Asnaf 2018 di sekitar daerah Gerik. Program Jejak Asnaf 2018 ini telah menyasarkan kepada lima (5) buah rumah asnaf terpilih iaitu di sekitar Tanjung Kasau Kenayat, Kampung Kenayat, Kampung Kerunai dan Dua (2) buah rumah di Kampung Kledang daerah Gerik. Program Jejak Asnaf ini telah disertai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) Puan Hajjah Wan Maizura binti Haji Wan Zahari, Pengurus Besar (Bahagian Agihan Zakat) A.F Ustaz Bakri bin Lee, Pengurus Unit Pembangunan Asnaf Ustaz A.F Ahamad Muzammil bin Arbain, Pegawai Baitulmal Daerah Gerik Encik Amirudin bin Osman serta pegawai-pegawai daerah dan ibu pejabat MAIPk. Program ini bertujuan untuk menziarahi dan menyantuni penerima bantuan bulanan, bantuan persekolahan untuk anak-anak Asnaf, memberi bantuan barangan dapur dan duit saku untuk setiap keluarga. Dari segi bantuan bina rumah juga akan diberikan kepada Asnaf yang memerlukan.
























.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.