• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Tour Forum Zakat dan Wakaf Negeri Perak 2018

IPOH, 10 November 2018 - Program Pertama Tour Forum Perdana Zakat & Wakaf di Masjid Al Fateh, Taman Jati, Ipoh. Forum dengan tajuk "Harta Kita Hak Kita Kawan Atau Lawan" bersama penceramah AF. Ust. Azhar Latiff, Pendakwah Korporat MAIPk serta AF Ust. Latiff bin Talib, Pengurus Bahagian Pemasaran MAIPk dan moderator AF Ust. Razif bin Mokhtar, Pegawai Baitulmal Daerah Parit Buntar. Tahniah dan terima kasih kepada muslimin dan muslimat yang hadir mengimarahkan majlis serta yang mengisi Borang Potongan Zakat melalui Potongan Gaji dalam program tersebut. Kaunter Agihan dan Kaunter Zakat Bergerak juga turut dibuka di setiap Program Tour Forum Perdana Zakat & Wakaf bagi memudahkan hadirin bertanya secara bersemuka agar mudah difahami. Nantikan program seterusnya di Masjid Mujahadah, Kamunting, Taiping dan Masjidut Taqwa, Padang Tembak, Teluk Intan. Jumpa anda semua di sana.







.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.