180 Orang Asnaf Nikmati RM1.13 Juta Dana Zakat

Ipoh - 4 April 2019 Alhamdulillah, telah selesai Majlis Menandatangani Akujanji Peserta Usahawan dan Syarikat Penyedia Khidmat Latihan Program Pemerkasaan Asnaf. Seramai 180 orang peserta telah dipilih dan akan mengikuti kursus dan pemantauan selama 8 bulan.
Mereka ini akan mengikuti 9 jenis program dan 3 daripadanya adalah kursus baru yang dibuka pada tahun ini iaitu pembuatan sate dan char kuey teow serta tanaman cili fertigasi.
Diharap, peserta-peserta yg dipilih ini terus berusaha menjana pendapatan seterusnya mampu bergelar usahawan muslim yang berjaya. Insya Allah, Ameen.














Kod QR
Scan the QR Code on your smartphone for mobile version.