• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Penyampaian Watikah Anggota MAIPk Dan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Serta Majlis Berbuka Puasa Bersama DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Di Istana Iskandariah, Bukit Chandan Kuala Kangsar

Penyampaian Watikah Anggota MAIPk Dan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Serta Majlis Berbuka Puasa Bersama DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Di Istana Iskandariah, Bukit Chandan Kuala Kangsar

Kuala Kangsar, 9 Mei 2019 Satu Majlis Penyerahan Zakat dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Acara yang dimulai dengan penyampaian Watikah Perlantikan Anggota MAIPk yang baharu iaitu YB. Tuan Haji Zainal Azman bin Abu Seman (Setiausaha Kerajaan Negeri Perak), YB. Dato Haji Abu Bakar bin Haji Said (Pegawai Kewangan Negeri Perak) dan YDH. CP Dato Razarudin bin Husain (Ketua Polis Negeri Perak) di Balairong Kecil, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Seterusnya, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan daripada tujuh buah syarikat yang berjumlah RM11,366,360.29. Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan dimulakan dengan Lembaga Air Perak (LAP)yang diwakili oleh YBhg. Dato Ir Mohd Yusof Bin Mohd Isa, Pengurus Besar LAP telah menyerahkan zakat sebanyak RM6,036,000.00. Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang diwakili oleh YB. Dato Haji Phahrolrazi Bin Mohd Zawawi, selaku Pengerusi NAFAS telah menyerahkan zakat sebanyak RM2,283,064.90. Encik Hassan Bin Khamis selaku Pengurus Besar Wilayah FELCRA Berhad Wilayah Perak pula telah menyerahkan zakat sebanyak RM1,447,169.60 dan zakat berjumlah RM581,584.57 pula telah diterima daripada Lumut Maritime Terminal Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Pengerusi Tuan Mohd Ariff Bin Yeop Ishak.

Selain itu, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) yang diwakili Tuan Haji Yahanis Bin Yahya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif telah menyerahkan zakat sebanyak RM537,736.12 dan KPJ Healthcare Berhad diwakili Tuan Haji Roslan Bin Ahmad selaku Pengarah Eksekutif telah menyerahkan zakat sebanyak RM329,000.00. Penyerahan yang terakhir pada hari itu telah diserahkan oleh Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Seberang Perak Berhad iaitu Tuan Haji Zolkepli bin Samuri selaku Pengerusi Koperasi telah menyerahkan zakat sebanyak RM151,805.10.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak kemudiannya berkenan menyerahkan cek-cek pembayaran zakat berkenaan kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Tan Sri Dato Seri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin.






















.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.