• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Program Jaulah Asnaf Zakat 2013

IPOH, 9 April 2013 Bahagian Zakat, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menganjurkan Program Jaulah Asnaf Zakat 2013 iaitu sebuah program yang lebih berkonsepkan ziarah.

Buat makluman semua, antara objektif program ini adalah untuk Memberi dan menyampaikan bantuan zakat secara terus dari MAIPk kepada asnaf. Selain itu, ia juga dapat Mendedahkan kepada masyarakat tentang iltizam serta peranan MAIPk di dalam membantu masyarakat Islam. Tambahan pula, program ini juga data mengeratkan silaturrahim bersama agensi luar dengan mewujudkan corak kerja secara berpasukan di dalam usaha menyampaikan bantuan zakat dan menyebarkan dakwah zakat.

Program ini diserikan lagi dengan kesudian Pegawai Agama MAIPk, Yg Berbahagia Dato Sheikh Mohamah Nor bin Mansor Al-Hafiz selaku tetamu kehormat yang mengikuti perjalanan sepanjang program ini. Selain itu, program ini juga diserikan dengan penyertaan Penolong-Penolong Setiausaha yang terdiri daripada Bahagian Zakat, Hartanah dan Pelaburan serta Bahagian Khidmat Pengurusan.

Terdapat 10 destinasi persinggahan yang terlibat dalam Program Jaulah Asnaf ini, melibatkan kerjasama pentadbiran 3 buah daerah pentadbiran MAIPk iaitu Daerah Ipoh, Batu Gajah dan Kampar. Program jaulah (ziarah) ini turut disertai 10 buah kenderaan dan melibatkan lebih 20 orang peserta.

Sebagai makluman, antara bantuan yang disampaikan di sepanjang Program Jaulah Asnaf Zakat ini termasuklah Bantuan Bina Rumah, Bantuan Modal Perniagaan, Bantuan Perubatan serta Bantuan Rawatan Haemodialisis. Selain aktiviti ziarah, para penerima bantuan turut menerima cenderahati daripada pihak MAIPk iaitu berupa hamper barangan dapur.

Selain itu, para pelajar juga turut diraikan dalam program di Masjid Siputeh, Batu Gajah. Seramai 27 orang pelajar menerima Bantuan Am Pelajaran berupa cek yang disampaikan oleh Pegawai Agama MAIPk. Para pelajar ini melibatkan permohonan yang diterima di Daerah Ipoh dan Batu Gajah.

Program Jaulah Asnaf Zakat 2013 menutup tirainya di pejabat MAIPk Daerah Kampar pada pukul 4.00 petang. Majlis Penutup diadakan serentak dengan Program Mesra Muallaf. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Yg Berbahagia Dato Sheikh Mohamah Nor bin Mansor Al-Hafiz, Pegawai Agama MAIPk. Menyerikan lagi majlis, turut hadir adalah Orang Besar Jajahan Kampar, YDH Toh Paduka Indera Dato Haji Zubairi bin Tajuddin. Majlis bersurai pada pukul 5.00 petang.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.