PNMB bayar Zakat Perniagaan


Ipoh, 27 Januari 2014 - Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) cawangan Perak telah menunaikan pembayaran Zakat Perniagaan bagi tahun kewangan 2012 berjumlah RM34,092.47. Majlis penyerahan zakat tersebut diadakan di Kompleks Islam Darul Ridzuan. Pengurus Cawangan PNMB, Encik Ahmad bin Hashim yang mewakili pihak PNMB cawangan Perak telah membayar zakat perniagaan tersebut kepada pihak MAIPk yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dr. Amiruddin bin Muhamed.



Kod QR
Scan the QR Code on your smartphone for mobile version.