MAIPk Prihatin Denyut Nadi Asnaf

IPOH Pihak MAIPk melakukan ziarah prihatin yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dr. Amiruddin bin Muhamed terhadap keluarga Encik Roslan Shamsuddin dan Puan Aziah binti Mohd Hashim di Kg. Pengkalan Gate, Lahat, Ipoh. Pasangan ini mempunyai enam orang anak. Keadaan tempat tinggal dan persekitaran yang daif dihadapi setiap hari oleh keluarga En. Roslan Shamsuddin. Pada ziarah tersebut, KPE MAIPk menyampaikan bantuan segera RM1,000.00 dan akan memproses bantuan bulanan yang sewajarnya. Turut mengiringi KPE dalam ziarah prihatin ini ialah Eksekutif Agihan, Puan Noorwahida binti Abu Seman, Eksekutif Korporat, Ustaz Wan Abdul Halim Hafiidz bin Mohd Amin dan Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam (Agihan), Encik Mohd Nazrul Hisham bin Mohd Nasir



Kod QR
Scan the QR Code on your smartphone for mobile version.