• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Penghantaran Pelajar Tajaan MAIPK Ke Mesir Sesi 2015

Penghantaran Pelajar Tajaan MAIPK Ke Mesir Sesi 2015

Khamis 23 Julai 2015. Seramai 115 orang pelajar dari Perak yang melanjutkan pelajaran mengikuti program ijazah sarjana muda dalam bidang agama dan perubatan telah berangkat ke Mesir. Kesemua pelajar tersebut adalah di bawah tajaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.

Sejurus sampai di Kaherah, Mesir, pelajar-pelajar tersebut telah mengikuti majlis taklimat dan suaikenal pelajar-pelajar baru. Taklimat telah disampaikan dan dikoordinasikan oleh Pegawai Atase Pendidikan Negeri Perak Ustaz Munawir bin Mohamed Noh bersama dua orang pegawai pengiring MAIPk iaitu Ustaz Ahamad Muzammil bin Arbain dan Encik Yazid bin Kamaruddin yang telah mengiringi pelajar-pelajar tersebut dari Ipoh sehingga ke Kaherah, Mesir.

Secara purata...setiap pelajar akan diberikan Dermasiswa Zakat MAIPk bernilai RM5500 bagi Jurusan Agama dan RM10 ribu hingga 20 ribu bagi Jurusan Perubatan. Jumlah tambang tiket kapal terbang pula ialah RM2500 seorang.
Keseluruhan perbelanjaan bagi membiayai pelajar-pelajar dari Perak yang mengikuti pengajian sarjana muda dalam bidang agama dan perubatan di Mesir ialah melebihi RM1juta. Selama hampir empat dekad, wang zakat melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan pendidikan individu melalui sumbangan dibawah Asnaf Fisabilillah dan Ibnu Sabil.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.