• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Projek Inovasi e PZB Tersenarai Anugerah Berprestij Negeri Perak

Projek Inovasi e PZB Tersenarai Anugerah Berprestij Negeri Perak

Ipoh, 12 Oktober 2015 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) mengorak langkah maju kehadapan apabila projek MAIPk tersenarai antara tiga projek inovasi yang mendapat pengiktirafan Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan melalui penyertaan Anugerah Inovasi Menteri Besar (AIMB) sempena Sambutan Hari Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Perak Tahun 2015.

Sistem e-Potongan Zakat Berjadual (e-PZB) ini telah dibangunkan pada tahun 2014 dan telah dirasmikan oleh YAB. Dato Seri Puhat bin Mat Nayan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada 19 Mei 2014 yang lalu seterusnya mula digunakan sepenuhnya pada Jun 2014. Walaupun dalam tempoh singkat setahun penggunaan, Sistem e-PZB mencapai objektif projek inovasi dengan jayanya iaitu merakyatkan perkhidmatan awam, memberi kemudahan kepada umat Islam untuk melaksanakan tuntutan berzakat, meringkaskan proses kerja pengurusan zakat melalui potongan gaji dan memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan secara maksimum.

Setelah tersenarai pendek 6 daripada 22 penyertaan jabatan-jabatan yang lain, MAIPk sekali lagi disenaraikan antara 3 projek inovasi yang berpotensi apabila melepasi dua saringan yang dijurikan oleh ketua-ketua jabatan yang profesional. Sekolah Raja Perempuan Taayah telah menjadi juara AIMB mengondol Hadiah RM50,000 setelah tiga tahun tiada pemenang anugerah tersebut. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak bersama Majlis Daerah Kampar mendapat saguhati RM2,000. Anugerah berprestij ini telah memberi signifikan cukup tinggi terhadap kredibiliti MAIPk yang serius dengan usaha pembudayaan inovasi dalam perkhidmatan. Semoga inovasi yang diusahakan dapat dinikmati manfaatnya oleh seluruh umat Islam khususnya dalam Negeri Perak.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.