Menziarahi pesara tentera untuk bantuan kaki palsu

Pengkalan Pegoh, 19 April 2016 - Skuad Prihatin Asnaf MAIPk menziarahi sebuah rumah di Kg Tersusun Pengkalan Pegoh. Encik Zainudin bin Alang Ahmad, 64 tahun seorang pesara tentera (bersara awal), oku (fizikal) akibat kencing manis kronik. Beliau menumpang tinggal di rumah anak perempuannya (tidak berkerja).Pemohon memerlukan bantuan kaki palsu bagi memudahkan pergerakan seharian. Ziarah ini bertujuan bertanyakan khabar dan melihat sendiri keadaan semasa pemohon sekeluarga. Permohonan ini akan dipanjangkan ke mesyuarat Jawatankuasa Baitulmal Tertinggi (JKBMT) untuk pertimbangan sewajarnya.






Kod QR
Scan the QR Code on your smartphone for mobile version.