Pertukaran Pegawai-Pegawai Kanan MAIPk

IPOH: Pada 16 Mac 2012, berlaku sedikit rombakan organisasi serta pertukaran ketua-ketua bahagian. Puan Hajah Wan Maizura binti Haji Wan Zahari telah ditukarkan daripada jawatan Penolong Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan kepada jawatan Penolong Setiausaha Bahagian Hartanah dan Pelaburan. Seterusnya Encik Rohizan bin Haji Omar Zahari telah ditukarkan daripada jawatan Penolong Setiausaha Bahagian Hartanah dan Pelaburan kepada Penolong Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan.

Selain itu, Unit Kewangan yang terletak di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan telah dinaik taraf menjadi Bahagian Kewangan. Encik Ariff bin Apandi yang merupakan ketua Unit Kewangan telah menjadi Penolong Setiausaha Bahagian Kewangan. Manakala nama Unit Korporat dan Keurusetiaan ditukar menjadi Unit Perhubungan Korporat dan diletakkan di bawah seliaan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk. Semoga rombakan ini akan memantapkan lagi pengurusan MAIPk.



Kod QR
Scan the QR Code on your smartphone for mobile version.