• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Staf AIM berzakat

Taiping - 20 Ramadan 1433, Satu program taklimat zakat telah diadakan di Hotel Taiping Perdana bermula pada pukul 10.00 pagi. Program tersebut telah dihadiri seramai 213 peserta yang terdiri daripada Staf Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Peringkat Negeri Perak daripada 12 cawangan Negeri Perak dan 3 Cawangan Pulau Pinang. Program tersebut merupakan salah satu acara tahunan Amanah Ikhtiar Malaysia iaitu Program Penghayatan Ramadhan bermula pada 09 sehingga 10 Ogos 2012. Program ini dirasmikan oleh Penolong Pengarah Pembiayaan, Encik Faizal Noor bin Laiman manakala taklimat zakat disampaikan oleh Ustaz Munawir bin Mohamed Noh dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Program taklimat zakat ini dianjurkan bagi memberi pengetahuan berkenaan dengan zakat kepada para peserta. Di samping itu, para peserta dapat mengetahui program dan aktiviti yang dijalankan oleh MAIPk setiap tahun kepada asnaf-asnaf yang berhak menerima zakat. Semoga penganjuran program sebegini dapat memberi kesedaran kepada peserta untuk menyempurnakan zakat di samping dapat membantu asnaf-asnaf yang memerlukan wang zakat dalam kehidupan

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.