• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

RM 13 Juta daripada 10 agensi


Kuala Lumpur, 24 September 2012 - D.Y.M.M Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak telah berangkat mencemar duli ke majlis penyerahan zakat perniagaan yang melibatkan 10 buah agensi. Baginda berkenan menerima cek daripada Lembaga Air Perak sebanyak RM 5,635,809.00, Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak sebanyak RM 5,273,505.00, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak sebanyak RM 862,046.00, Bank Islam Bhd sebanyak RM 217,974.00,Maybank Investment Bank Berhad sebanyak RM 200,000.00, Hedd Industries Sdn Bhd sebanyak RM210,000.00, Agro Bank sebanyak RM 187,945.15, Smart Aladdin Sdn Bhd sebanyak RM170,000.00, Bank Pembangunan (M) Bhd sebanyak RM 164,651.45 dan Angkatan Koperasi Kebangsaan (ANGKASA) sebanyak RM 85,737.22.

YAB. Menteri Besar Perak Dato' Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir turut hadir pada majlis tersebut bagi mewakili Lembaga Air Perak dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak. Pada akhir majlis tersebut Yg. Bhg Dato' Dr Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan selaku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak telah menerima kesemua cek zakat perniagaan tersebut daripada D.Y.M.M Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah. Bacaan doa telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Latiff bin Talib, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Dakwah dan Promosi, Bahagian Zakat.









.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.