Majlis Bantuan Persekolahan MAIPk Di Daerah Taiping

TAIPING , 24 MEI - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) daerah Taiping telah mengadakan majlis penyampaian bantuan persekolahan bagi daerah Larut Matang. Penyampaian majlis ini melibatkan sebanyak 78 buah sekolah menerima bantuan persekolahan ini termasuklah Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Kolej Vokasional dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Jumlah permohonan yang kami terima sebanyak 4249 borang permohonan dan sebanyak 3357 pelajar yang layak menerima bantuan persekolahan ini. Jumlah keseluruhan yang diperuntukkan pada tahun ini berjumlah RM 1,050,950.00. Pada majlis ini bantuan persekolahan ini telah disampaikan oleh Orang Besar Jajahan Larut Matang Selama. Turut hadir Ustaz Bakri bin Lee, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat MAIPk.Terima kasih diucapkan kepada pembayar-pembayar zakat, teruskan membayar kepada MAIPk.














Kod QR
Scan the QR Code on your smartphone for mobile version.