• Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Program Ihya Ramadhan dan Majlis Berbuka Puasa di Kampong Orang Asli Pos Dipang Sahom, Kampar

Program Ihya Ramadhan dan Majlis Berbuka Puasa di Kampong Orang Asli Pos Dipang Sahom, Kampar

KAMPAR, 7 Jun 2017 (Rabu) Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan satu Program Ihya Ramadhan dan Majlis Berbuka Puasa di Kampong Orang Asli Pos Dipang Sahom, Kampar. Program kerjasama MAIPk dan Pertubuhan Dakwah dan Kebajikan Masyarakat Orang Asli Hulu Kinta ini telah diadakan di Surau Nurul Hidayah. Program dimulakan dengan majlis penyerahan bantuan kepada masyarakat Orang Asli. Penyerahan bantuan ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dr. Amiruddin Muhamed. Pihak MAIPk dan Pertubuhan Dakwah dan Kebajikan Masyarakat Orang Asli Hulu Kinta kemudiannya bersama-sama berbuka puasa dengan masyarakat tempatan, dan program diakhiri dengan menunaikan solat terawih berjemaah.












Kod QR
Scan the QR Code on your smartphone for mobile version.