• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Perhimpunan Bulanan MAIPk Dan Majlis Meraikan Pesara Perkhidmatan Majlis

Perhimpunan Bulanan MAIPk Dan Majlis Meraikan Pesara Perkhidmatan Majlis

IPOH, 12 Oktober 2017 - MAIPk telah mengadakan Perhimpunan Bulanan MAIPk Bil 2/2017 dan Majlis Meraikan Pesara Perkhidmatan Majlis yang bertempat di Tingkat 2, Dewan Al-Ghazali. Perhimpunan pada kali ini adalah anjuran bersama daripada beberapa bahagian iaitu Unit Perhubungan Korporat, Unit Pembangunan Ummah, Unit Perancangan Strategik dan Risiko, Unit Undang-Undang, Unit Pelaburan, Unit Audit Dalam dan Unit Teknikal. Majlis dimulakan dengan bacaan alunan suci Asmaul Husna, nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perak ,bacaan doa, bacaan ikrar, dan paparan makluman aktiviti-aktiviti MAIPk sepanjang bulan Julai hingga September. Acara utama dimulakan dengan ucapan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk. Acara diteruskan dengan tayangan multimedia pesara-pesara pekhidmat MAIPk yang diraikan iaitu Tuan Haji Zambri Khalid, Ustaz Hassan Karim dan Tuan Haji Halimin Abdollah. Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan Tuan Haji Zambri Khalid dan seterusnya penyampaian cenderahati kepada pesara-pesara yang telah disampaikan oleh KPE MAIPk.

Perhimpunan bulanan diteruskan lagi dengan sesi ulasan buku daripada Pegawai Bahagian Pemasaran MAIPk iaitu Ustaz Tasyreef Tarmizi dan Ustaz Latiff Talib yang mana telah menceritakan mengenai buku bertajuk Gaya Hidup Ranggi. Kemudian majlis diteruskan dengan acara memotong kek sempena majlis persaraan dan sambutan harijadi pekhidmat yang lahir pada bulan September dan Oktober. Acara diteruskan lagi dengan sesi lelongan harta luqatah yang diadakan buat pertama kali di majlis perhimpunan bulanan ini dengan lelongan tersebut dikendalikan oleh KPE MAIPk serta turut dibantu oleh Encik Nabil Fikri, Pengurus Bahagian Pelaburan. Majlis diakhiri dengan jamuan makan serta persembahan kumpulan Al-Irhas yang diketuai oleh Ustaz Mohd Hafizzi Abd Karim, Pegawai Baitulmal Kuala Kangsar.


















.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.