• Home
  • Info
  • MAIPk News
  • 7 Syarikat Serah Zakat Perniagaan RM2.796 Juta Kepada MAIPk

7 Syarikat Serah Zakat Perniagaan RM2.796 Juta Kepada MAIPk

KUALA LUMPUR, 14 November 2017 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menerima bayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2016 berjumlah RM2.796 juta daripada tujuh buah syarikat. Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima cek zakat perniagaan bagi pihak MAIPk di Istana Perak, Changkat Persekutuan. Syarikat-syarikat berkenaan adalah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) RM1,154,663.84, KAF Investment Bank Berhad RM733,000.00, QSR Brands (M) Holdings Sdn. Bhd. RM401,790.03, Gas Malaysia Berhad RM193,000.00, Perak Integrated Network Services Sdn. Bhd., RM130,421.23,Rakyat Holdings Sdn. Bhd. RM100,000.00 , Koperasi Co-Opbank Persatuan Malaysia Berhad, RM83,811.10. Turut hadir majlis penyerahan zakat ialah Yang Dipertua MAIPk Tan Sri Dato Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dato Amiruddin Muhamed.

















Kod QR
Scan the QR Code on your smartphone for mobile version.