Kaunter Zakat Di Chemor

20 Oktober 2012, Sabtu - Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak telah membuka kaunter zakat bertempat di Dewan Komuniti 1Malaysia, Chemor. Ianya bersempena dengan program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Daerah Kinta anjuran bersama Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Perak dan Majlis Bandaraya Ipoh. Program tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Kewangan 2, YB. Dato Seri Ahmad Husni bin Hanadzlah merangkap Ahli Parlimen Tambun. Risalah-risalah zakat telah diedarkan kepada pengunjung yang mengunjungi kaunter zakat. Pada masa yang sama, pihak MAIPk juga menjawab pertanyaan masyarakat mengenai agihan yang dilakukan oleh pihak MAIPk. Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak, YBhg. Dato Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan turut hadir ke majlis tersebut. Pegawai MAIPk yang terlibat ialah En. Aizat bin Sabri dan Encik Muhammad Izzat Naquiddin bin Abdul Kadir.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.