Taklimat MAIPk Di Klinik Kesihatan Daerah Muallim

MUALLIM, 12 JANUARI 2018 - Satu sesi taklimat MAIPk Daerah Muallim bersama warga kerja Pejabat Kesihatan Daerah Muallim telah diadakan di Klinik Kesihatan 1 Malaysia di Behrang 2020. Pihak MAIPk Daerah Muallim telah dijemput untuk satu slot perkongsian berkaitan fungsi dan peranan MAIPk kepada masyarakat. Waqaf Perak Ar- Ridzuan (WPAR) menjadi fokus utama dalam pengisian penyampaian taklimat sebagai usaha menyebarkan maklumat dan pemahaman kepada warga kerja pejabat kesihatan terhadap program WPAR dan aktiviti perlaksanaannya.

Berlandaskan 4 aspek utama iaitu Keagamaan, Ekonomi, Kesihatan, dan Pendidikan, taklimat ini diharap mampu memberi pengetahuan kepada warga kerja jabatan kesihatan agar mereka boleh menilai dan seterusnya berwakaf dengan memilih projek yang ingin mereka disertai.

Dengan kehadiran hampir 70 orang, perkara ini dilihat sangat positif dalam usaha pihak MAIPk mengajak masyarakat awam untuk turut serta menjadi Waqif (pewakaf) dalam program yang dinamakan WPAR ini. Dengan wujudnya kemudahan berwakaf secara potongan gaji juga membuka ruang seluas-luasnya kepada masyarakat yang ingin menjadi Waqif secara konsisten. Bukan nilai sahaja yang dipandang namun istiqamah dalam ibadah yang sangat dituntut. Dengan wujudnya akta berkaitan pelepasan cukai pendapatan kepada mereka yang berwakaf sedikit sebanyak memberi peluang untuk masyarakat memilih wakaf sebagai saluran untuk menambah saham akhirat.

Pertemuan bersama warga kesihatan yang diketuai oleh Dr. Ngaesah Hamed sebagai Pegawai Kesihatan Daerah Muallim berakhir pada jam 11.15 pagi. Pihak MAIPk merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada warga Pejabat Klinik Kesihatan Daerah Muallim dan semoga pertemuan ini akan menjadi permulaan yang baik bagi mereka dan MAIPk.









.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.