Bengkel Creativity in Mathematics Education

Teluk Intan - 28 Mac 2018 bertempat di Dewan Cempaka, Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak telah diadakan satu Bengkel Creativity In Mathematics Education Wakaf Ilmu Program MUMTAZ Waqaf Perak Ar Ridzuan (WPAR). Seramai 60 peserta terlibat dalam bengkel ini dengan penglibatan Guru-guru matapelajaran Matematik Tingkatan 1 Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk di samping kehadiran pegawai-pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah yang sama.
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada guru-guru berkaitan kaedah pengajaran mata pelajaran Matematik yang lebih berkesan untuk menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut, bersesuaian dengan abad ke-21 ini dimana para guru ditugaskan untuk mendidik dan mengajar murid mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan juga cara untuk berfikir secara kreatif dan kritis
Bengkel ini telah dibimbing oleh pakar Matematik iaitu Puan Teoh Poh Yew daripada Creative Wizard Sdn. Bhd dan merupakan kerjasama kedua bersama beliau setelah kali pertama program yang sama diadakan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara.
Diakhir bengkel ini pihak MAIPk diberikan penghormatan untuk merasmikan penutupan bengkel ini seterusnya menyeru para peserta untuk turut sama sebagai penyumbang Dana WPAR dan mengwar-warkan kepada rakan-rakan setugas di Sekolah masing-masing.








.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.