• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyerahan Sumbangan Dana Zakat Kepada Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital Negeri Perak

Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli Paung, Simpang Pulai

SIMPANG PULAI MAIPk telah mengadakan program ramah mesra Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dato Dr. Amiruddin Bin Muhamed bersama masyarakat Orang Asli Paung, Simpang Pulai pada 30 hingga 31 Mac 2018. Kampung Orang Asli Paung merupakan tiga buah kampung kecil di mana ianya didiami 20% penduduk yang beragama Islam dengan sejumlah 16 buah keluarga dan 69 buah keluarga bukan beragama Islam. Penduduk kampung Orang Asli ini menjadi sasaran dan fokus Mubaligh Islam Perak dan Penggerak Masyarakat Orang Asli dalam usaha untuk mendedahkan kefahaman tentang Islam. Program ini juga dilihat membantu menarik masyarakat Orang Asli bagi menambah ilmu pengetahuan mengenai ilmu fardu ain dan fardu kifayah. Beberapa pengisian program telah dijalankan seperti bicara hati nurani, sembang-sembang KPE MAIPk, sukaneka dan ziarah dakwah mahabbah.














.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.