• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyerahan Cek-Cek Zakat Perniagaan Dan Tanaman Serta Majlis Berbuka Puasa Bersama D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan 1439H

Majlis Penyerahan Cek-Cek Zakat Perniagaan Dan Tanaman Serta Majlis Berbuka Puasa Bersama D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan 1439H

Kuala Kangsar Majlis Penyerahan Cek-Cek Zakat dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah diadakan pada 19 Mei 2018 bertempat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan dan tanaman daripada 7 syarikat yang berjumlah RM 20,558,228.67.

Tenaga Nasional Berhad Negeri Perakyang diwakili oleh YM Raja Dato Abd. Jalil bin Raja Zaid, Pengurus Besar Perkhidmatan Pelanggan telah menyerahkan zakat sebanyak RM11,458,089.94. Lembaga Air Perak yang diwakili oleh YBhg. Dato Ir. Mohd Yusof, selaku Pengurus Besar telah menyerahkan zakat sebanyak RM6,175,000.00. En. Mohd Fauzi bin Hj. Tahir selaku Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta yang mewakili Felcra Berhad Wilayah Perak telah menyerahkan zakat sebanyak RM1,355,155.41 dan zakat RM811,220.50 pula telah diterima daripada Lumut Maritime Terminal Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Mubarak Ali bin Gulam Rasul.

Selain itu, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) yang diwakili YBhg. Dato Haji Ahmad Rizal bin Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif juga telah menyerahkan zakat sebanyak RM395,761.11 dan KPJ Ipoh Specialist Hospital & Seri Manjung Specialist Centre yang diwakili Tuan Haji Roslan bin Ahmad selaku Pengarah Eksekutif KPJ Ipoh Specialist serta Pertubuhan Peladang Kawasan Seberang Perak yang diwakili, Encik Md. Saad bin Harun, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah yang masing-masing menyerahkan zakat sebanyak RM264,000.00 dan RM99,001.71.

Sultan Nazrin kemudiannya berkenan menyerahkan cek-cek pembayaran zakat berkenaan kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perak (MAPK), Tan Sri Dato Seri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin.














.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.