• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Jejak Asnaf Kg. Gajah

KAMPUNG GAJAH, 17 OKTOBER 2018 - Program Jejak Asnaf Daerah Kg. Gajah yang diketuai oleh Pn Hjh Wan Maizura binti Wan Zahari selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) MAIPk dan Pegawai Baitulmal Daerah Kg. Gajah iaitu Tuan Muhammad Faiz bin Zakaria serta beberapa kakitangan dari ibu pejabat dan Pejabat MAIPk Kg. Gajah telah menziarahi dan menyantuni 5 buah rumah asnaf yang telah dikenal pasti. Bagi Program Jejak Asnaf kali ini, Bantuan Bina Rumah dan Bantuan Baik Pulih Rumah amatlah ditagih oleh kesemua asnaf yang dilawati kerana keadaan rumah yang terlalu usang dan tidak diselenggara akibat daripada masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka. Selain itu, MAIPk juga menghulurkan sedikit bantuan berupa barangan masakan dan wang belanja.

Bersama-samalah kita membantu agensi Zakat untuk menjejaki asnaf dikawasan yang tuan/puan diami bagi memudahkan kami mengesan asnaf yang terpinggir untuk diberikan bantuan.














.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.