• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Projek Inovasi e PZB Tersenarai Anugerah Berprestij Negeri Perak

Bengkel Bombastik SKT Zakat

Tambun - Pada 20 hingga 21 November 2012 bertempat di Hotel Lost World Of Tambun. Bahagian Zakat, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak telah mengadakan bengkel khas bagi membincangkan perancangan SKT Bahagian Zakat yang meliputi Unit Agihan dan Unit Dakwah dan Promosi. Ustaz Munawir bin Mohamed Noh telah membentangkan cadangan SKT Unit Promosi dan Dakwah dan dibantu oleh En Shamsul Anuar bin Zakaria, En. Muhammad Fauzan bin Abdul Rahim dan Ustaz Mohd Latif bin Talib. Bengkel diadakan bagi mewujudkan bentuk belanjawan yang memenuhi konsep belanjawan berdasarkan kepada keberhasilan. Setiap cadangan yang dikemukakan akan dibincang dan dibahaskan dengan teliti bagi menentukan setiap projek dapat dilaksanakan mengikut kemampuan sumber yang ada. Pihak urusetia juga mengucapkan terima kasih kepada En Azrif bin Yahya dari Unit IT kerana dapat hadir ke bengkel tersebut. Ini kerana perancangan SKT 2013 bagi Unit Dakwah dan Promosi banyak melibatkan pelaksanaan penggunaan sistem IT yang bersepadu. Unit Agihan telah diwakili oleh Puan Norwahida binti Abu Seman, En Nazrul Hisham dan En Muhamad Shameer. Bengkel ini juga persediaan awal Bahagian Zakat sebelum bengkel SKT 2013 peringkat MAIPk dibentangkan.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.