Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Serah Zakat Perniagaan RM2.916 Juta

KUALA LUMPUR, 25 Februari 2019 Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) menyampaikan bayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2017 berjumlah RM2,916,875.00 juta kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk). Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum SultanAzlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan menerima zakat perniagaan itu bagi pihak MAIPk yang diserahkan Pengerusi Kumpulan PNB Tan Sri Dr. Zeti Aziz di Istana Hinggap Perak. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad dan Yang Dipertua MAIPk Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin.






.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.