Majlis Perasmian Penutupan Program Road to Success 2019

LENGGONG, 28 Februari 2019- Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan majlis perasmian penutup program Road to Success 2019 kerjasama dengan pihak Yayasan Pelajaran Mara (YPM) di Dewan Besar, KKTM Lenggong. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan motivasi dan pengetahuan pelajar berkaitan program-program pengajian yang ditawarkan oleh Institusi Pendidikan Mara (IPMa) di seluruh Malaysia bagi persediaan menyambung pengajian selepas SPM. Majlis disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Haidi bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPk. Program ini melibatkan 112 orang anak angkat YPM dan 38 daripadanya merupakan penerima bantuan biasiswa pelajaran MAIPk yang mengambil SPM pada tahun 2018. Seramai 392 orang pelajar merupakan penerima bantuan biasiswa MAIPk selama 5 tahun yang merupakan anak angkat YPM.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YPM atas kerjasama yang diberikan untuk bersama-sama membantu asnaf. Pihak MAIPk menaja program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan pengetahuan pelajar berkaitan program-program pengajian ditawarkan oleh IPMa di seluruh Malaysia bagi penyediaan menyambung pengajian selepas dapat keputusan SPM.

Pihak MAIPk turut mempunyai bantuan am pelajaran bagi pelajar yang mendapat tempat di IPT dan pada masa yang sama menyediakan bantuan dermasiswa bagi program asasi di IPMa. Selain itu, pihak MAIPk berharap program ini dapat mencetuskan inspirasi dan motivasi kepada pelajar-pelajar yang hadir untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi agar menjadi insan yang lebih berkualiti dari segi modal insan, berdaya maju serta dapat mengubah taraf hidup keluarga yang lebih baik.










.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.