Zakat Fitrah (3S) 2019M/1440H Bagi Negeri Perak Darul Ridzuan

Secara umumnya Zakat Fitrah adalah suatu sedekah yang wajib dikeluarkan oleh setiap individu muslim dalam bulan Ramadhan ataupun sebelum selesainya solat sunat hari raya Eidul Fitri mengikut syarat dan kadar yang tertentu yang diperakukan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk). Melalui mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 16 Januari 2019 bersamaan 10 Jamadil Awal 1440 telah memperakukan penetapan Fitrah seperti berikut:

Bersetuju dengan kadar RM7.00 dan menggalakkan para pembayar fitrah untuk membayar melebihi pada kadar tersebut atas dasar tatawwu. Maka ditawarkan juga dengan harga RM14.00 bagi pembayar yang menggunakan beras wangi dan seumpamanya serta RM21.00 bagi pembayar yang menggunakan beras Basmathi dan yang seumpamanya.

Maksudnya: Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan lebih dari apa yang ditentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya. Surah al-Baqarah ayat 184

Imam Nawawi Rahimahullah taala telah menyatakan di dalam kitabnya yang bertajuk Al Majmu Syarah Muhazzab jilid ke-6 pada muka surat 90 sepertimana yang berikut:
Jika sekiranya penduduk di sesebuah negeri itu memakan pelbagai jenis makanan yang berbeza serta sebahagiannya bukanlah dianggap makanan asasi bagi sebahagian yang lain. Maka, sebaik-baiknya hendaklah dikeluarkan zakat dari jenis makanan yang terbaik kerana Allah Taala telah berfirman; Kamu tidak sesekali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi, dan dari jenis apa pun yang dikeluarkan maka ia telah memadai.

Kenapa Zakat 3S€¦¦..???
Kerana menjelaskan bayaran zakat fitrah anda dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak adalah SAH, SELAMAT DAN SEMPURNA.

SAH Bayaran zakat dianggap sah apabila dijelaskan di pejabat-pejabat MAIPk ataupun melalui Amil-Amil Bertauliah MAIPk di dalam Negeri Perak.
SELAMAT Sebagai suatu badan berkuasa utama agama Islam dalam negeri Perak, bayaran zakat anda sentiasa dipantau dan diseliakan mengikut SOP yang disediakan. Hasil zakat yang terkumpul juga diuruskan dengan selamat dan telus kepada asnaf-asnaf zakat yang layak menerimanya.
SEMPURNA Apabila anda menjelaskan zakat secara SAH dan SELAMAT, maka ibadah zakat anda telah pun SEMPURNA dilaksanakan. Maka, anda tidak perlu lagi risau bagaimana ianya telah dikumpulkan, diagih dan diuruskan mengikut garis panduan syarak dan pemantauan pihak berkuasa.


#InfoZakat #Fitrah2019 #ZakatFitrahNegeriPerak #DaripadaAndaUntukMereka #BeriLebih #AgihLebih #TerimaLebih

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.