Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Oleh Lembaga Tabung Haji

IPOH, 29 April 2019 - Alhamdulillah pada hari ini, Pihak Lembaga Tabung Haji menunaikan Zakat Perniagaan berjumlah RM5,785,570.19 bagi tahun berakhir 2018 yang disempurnakan oleh Tuan Haji Rozimin bin Ahamed Kamil, Pengarah Lembaga Tabung Haji Perak manakala pihak Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak diwakili oleh Tuan Haji Mohd Haidi Bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPk telah menerima Zakat Perniagaan tersebut.

Semoga dengan kesempurnaan kewajiban ini, perniagaan yang diusahakan oleh pihak Lembaga Tabung Haji bertambah maju dan berkembang dengan lebih jayanya..in shaa Allah.










.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.