• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Pemberian Sumbangan Aidilfitri Kepada Pesakit Dialisis Dan Pelanggan Di Pusat Perubatan Ar-Ridzuan Oleh Pengerusi Pkeinpk Sdn Bhd (Psb)

Pemberian Sumbangan Aidilfitri Kepada Pesakit Dialisis Dan Pelanggan Di Pusat Perubatan Ar-Ridzuan Oleh Pengerusi Pkeinpk Sdn Bhd (Psb)

IPOH, 27 MEI 2019 - Pusat Perubatan Ar-Ridzuan telah mengadakan Majlis Sumbangan Aidilfitri bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Seramai lebih kurang 59 orang pesakit telah menerima sumbangan tersebut yang majoritinya terdiri daripada golongan Asnaf tajaan Baitulmal, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak(MAIPk). Sumbangan tersebut disampaikan oleh YBhg. Dato Dr. Mohammad Hashim bin Ahmad Tajudin selaku Pengerusi PKEINPK Sdn. Bhd.

Pusat Perubatan Ar-Ridzuan ialah sebuah hospital pakar swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh PKEINPk Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat MAIPk. Unit Haemodialisis di Pusat Perubatan Ar-Ridzuan telah berjaya melaksanakan 7,600 rawatan dengan kos berjumlah RM1.6 juta pada tahun 2018.

Pesakit dialisis yang dirawat adalah terdiri daripada pesakit yang ditaja rawatannya oleh pihak MAIPk, JPA, PERKESO, pelbagai agensi Kerajaan; dan persendirian.

Pada tahun 2019 ini, kapasiti kemudahan rawatan hemodialisis akan ditingkatkan sebanyak lebih kurang +60% kepada 12,300 rawatan setahun dengan jumlah peruntukan rawatan adalah sebanyak RM2.6juta.

  1. Selain perkhidmatan Hemodialisis; Pusat Perubatan Ar-Ridzuan turut menyediakan perkhidmatan klinikal dan doktor pakar seperti berikut :
  2. Klinik, Rawatan dan Pembedahan Perbidanan & Sakit Puan
  3. Klinik dan Rawatan Kanak-kanak (Pediatrik)
  4. Klinik dan Pembedahan Ortopedik (Tulang)
  5. Klinik dan Rawatan Dermatologi (Kulit)
  6. Klinik dan Rawatan Nefrologi (Renal/Buah Pinggang)
  7. Klinik Perubatan Am
  8. Pembedahan Am
  9. Rawatan Kecemasan dan Kemalangan (A&E)
  10. Farmasi
  11. Radiografi (X-ray)









.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.