Mesyuarat Pemantauan Tanah MAIPk

LANGKAWI - Unit Pembangunan Hartanah MAIPk telah menganjurkan Mesyuarat Pemantauan Tanah (MPT) MAIPk Kali Ke-8 Bilangan 1/2019 pada 18-20 September 2019 bertempat di HIG Hotel Langkawi, Kedah. Mesyuarat yang diadakan secara berkala ini melibatkan semua wakil Pejabat Daerah dan Tanah (18 ahli), Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak (2 ahli), JUPEM (1 ahli), JKPTG (1 ahli), Pengurusan MAIPk (4 ahli), Pegawai Baitulmal Daerah (17 ahli), Unit Pengurusan Hartanah MAIPk (8 ahli), dan Pembantu Tadbir Hartanah MAIPk Daerah (9 ahli). Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPk ,Tuan Haji Mohd Haidi Bin Sulaiman.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan penyelesaian bagi setiap isu yang dibangkitkan oleh MAIPk melibatkan status permohonan pemberimilikan tanah, pertindihan kelulusan tanah, pengurangan keluasan tanah, pengukuran tanah, pendaftaran tanah dan pengambilan tanah. Sebanyak 95 isu berbangkit, 1,260 permohonan berimilik dan 38 isu baru telah berjaya dibincangkan untuk tindakan segera dapat diambil oleh pihak terlibat.






.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.