• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Program Jejak Asnaf MAIPk Daerah Selama

SELAMA, 20 November  2019 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan Program Jejak Asnaf sekitar daerah Selama di Kampung Sungai Jambu, Kampung Bukit Bertam, Kampung Sungai Berdarah Hulu, Kampung Teluk Mas dan Kampung Bukit Sungai Nor Rantau Panjang. Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Shahrul Azam bin Shaari telah mengetuai program ini bersama Timbalan Pegawai Ketua Eksekutif (Pembangunan) MAIPk, Puan Hajah Wan Maizura Binti Haji Wan Zahari dan para pegawai di bahagian agihan zakat serta Pegawai Baitulmal Daerah Selama, Encik Muhammad Naquib bin Mohamad Tarmizi. Program ini diadakan bagi menzahirkan keprihatinan pihak MAIPk dalam menyantuni golongan asnaf. Pada program ini juga, sebanyak lima buah rumah telah disantuni dan diziarahi. Disamping itu,  hasil daripada program ini pihak MAIPk akan mempertimbangkan untuk menyalurkan bantuan membina dan membaikpulih rumah, bantuan perubatan dan modal kepada asnaf tersebut. Akhir sekali,  pihak MAIPk mengharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban asnaf dalam menjalani kehidupan seharian sekaligus nasib asnaf akan terbela dan mendapat perhatian yang sewajarnya.














.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.