• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Perdana Menteri Malaysia Merasmikan Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Perak

Perdana Menteri Malaysia Merasmikan Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Perak

Ipoh, Jumaat 15 Februari 2013 - YAB Dato Seri Muhamad Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak. Majlis tersebut yang diserikan dengan nyanyian lagu Negaraku, nyanyian lagu UTC dan nyanyian lagu 1Malaysia oleh 200 orang dari kumpulan khoir Selendang Perak. YAB Perdana Menteri Malaysia telah berucap pada majlis tersebut dan seterusnya merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak secara simbolik melalui penyerahan replika kunci oleh Datuk Bandar Ipoh yang mewakili 57 agensi termasuk Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak yang beroperasi di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak. Penyerahan cenderamata kepada wakil-wakil NGO turut diadakan. YAB Perdana Menteri Malaysia juga meluangkan masa untuk melawat agensi-agensi yang beroperasi di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak serta mengadakan sidang akhbar di akhir majlis. Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak diharapkan akan memberikan kemudahan kepada warga Ipoh dalam menjalankan urusan dengan agensi-agensi kerajaan tidak terhad pada waktu pejabat sahaja malah boleh berurusan selepas waktu pejabat termasuk hari Sabtu dan Ahad. Iainya merupakan projek blue ocean strategy yang merupakan salah satu daripada projek transformasi kerajaan. Iainya juga merupakan satu aspirasi dan inspirasi konsep 1satu Malaysia. MAIPk mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri Malaysia atas lawatan dan perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.