• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Program Taklimat Hartanah dan Wakaf Tunai serta Majlis Penyampaian Sijil Wakaf MAIPk

Program Taklimat Hartanah dan Wakaf Tunai serta Majlis Penyampaian Sijil Wakaf MAIPk

Bagan Serai, 4 Februari 2014 Program Taklimat Hartanah dan Wakaf Tunai serta Majlis Penyampaian Sijil Wakaf MAIPk telah berlangsung pada 4 Februari 2014 lepas. Peserta-peserta yang hadir adalah seramai 65 orang yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Masjid dibawah Pentadbiran MAIPk daerah Bagan Serai dan 5 orang pewakaf yang akan menerima sijil wakaf.

Dalam majlis tersebut, Encik Zulfadli bin Baharum, Eksekutif Hartanah MAIPk telah menyampaikan taklimat berkaitan Pengurusan Tanah Wakaf dan Baitulmal manakala taklimat berkaitan Wakaf Tunai telah disampaikan oleh Encik Muhammad Fadhli bin Ismail, Eksekutif Pelaburan MAIPk.

Objektif utama program ini adalah untuk memastikan Pengurusan Tanah Wakaf dan Baitulmal bersistematik dan teratur mengikut ketetapan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Ianya juga adalah untuk menghebahkan Program Wakaf Tunai Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak kepada masyarakat khususnya di daerah Bagan Serai agar lebih jelas dan dapat memberi manfaat kepada masyarakat umumnya.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.