Program Jejak Asnaf Ramadhan di sekitar Taiping dan Ipoh

Taiping Bahagian Zakat, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak telah melaksanakan pemberian bantuan zakat kepada beberapa keluarga disekitar Pokok Assam, Taiping dan Ipoh. Hasil maklumat orang awam, beberapa keluarga dikenalpasti untuk menerima bantuan zakat. Keceriaan jelas terpancar diwajah para asnaf ini apabila menerima bantuan wang tunai serta barangan keperluan dapur untuk keperluan di bulan Ramadhan ini.

Pihak MAIPk akan terus berusaha untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang tidak berkemampuan. Mudah-mudahan dengan dana zakat daripada para pembayar zakat ini, memberi seribu pengertian kepada para asnaf. "Zakat Anda, Perlidungan Asnaf", semoga rezeki semua pembayar zakat diberkati dan dirahmati Allah swt.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.