• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penganugerahan Watikah Lantikan Ahli-Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Daripada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

Majlis Penganugerahan Watikah Lantikan Ahli-Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Daripada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

IPOH 13 FEBRUARI 2015

Majlis Penganugerahan Watikah Lantikan Ahli-Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Daripada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

1. Selaras dengan seksyen 11, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah berkenan untuk melantik Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan menganugerahkan watikah-watikah pelantikan kepada YBhg. Tan Sri Dato Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) serta 21 orang Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Tarikh lantikan mereka mulai 01 Januari 2015.

2. Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan menganugerahkan watikah-watikah pelantikan tersebut di Dewan Al-Ghazali, Tingkat 2, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh, Perak pada pagi ini. Turut hadir dalam majlis ini ialah YAB. Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, YB Setiausaha Kerajaan Negeri dan YABhg. Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan.

3. Pada majlis yang sama juga, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan menerima pembayaran cek-cek zakat perniagaan daripada beberapa agensi seperti berikut -

BIL.

AGENSI

NAMA PENYERAH

JUMLAH

1.

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI)

YBhg. Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan (Setiausaha KerajaanNegeri Perak Daru lRidzuan)

RM1,123,100.75

2.

Bank Pembangunan Malaysia Berhad

Puan Afidah Binti Mohd Ghazali (Ketua Pegawai Operasi)

RM535,697.00

3.

Global Maritime Ventures

RM202, 510.52

4.

Affin Islamic Bank

Tuan Haji Kamarul Ariffin Bin Mohd Jamil (Ketua Pegawai Eksekutif)

RM364,800.00

5.

Koperasi Aggota Kerajaan Ipoh Berhad

Encik Razmi Bin Hashim (Pengerusi)

RM200,378.45

6.

Faber Medi-Serve SdnBhd

Encik Zolpakar Bin Haji Mahat (Ketua Wilayah FMS Perak)

RM200,000.00

7.

RHB Islamic Bank Berhad

Encik Ahmad Mukarrami Bin Ab Mumin (Head, Shariah Division, RHB Islamic Bank Berhad)

RM100,000.00

8.

Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad (Bank Persatuan)

Tuan Haji Othman Bin Ahmad (Ahli Lembaga Koperasi)

RM50,000.00

JUMLAH

RM 2,776,486.72

4. Turut diadakan dalam majlis ini ialah acara menandatangani perjanjian usahasama pembangunan hartanah milik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak yang diadakan di hadapan kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah melibatkan pihak pemaju projek, UDA Waqf Sdn. Bhd. Dengan pemilik projek, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Projek pembangunan bercampur ini di Lot 1553 dan Lot 10758, Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Ipoh merupakan julung kali diadakan di Negeri Perak di bawah seliaan anak syarikat milikan penuh MAIPk iaitu Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (PKEINPk) Sdn. Bhd.

5. Projek pembangunan bercampur ini dijangka melibatkan keluasan tanah lebih kurang 36,000 kp mengandungi 2 jenis komponen bangunan utama iaitu Bangunan Komersial 3 tingkat dan bangunan kediaman yang mengandungi 144 unit apartment. Menerusi pembangunan yang dirancang, iadi jangka akan menjadi mercu tanda bangunan Islam di Ipoh dimana konsep pembangunan yang direka adalah moden dengan menerapkan unsure dan ciri-ciri Islamik yang bukan dilihat sekadar dari rekabentuk luaran tetapi lebih kepada kemudahan, penggunaan ruang dan juga susun atur bangunan.

6. Dalam majlis yang sama berlangsung turut diadakan acara menandatangani perjanjian pajakan hartanah MAIPk seluas 2,000 hektar di MukimSungai Siput, Daerah Kuala Kangsar. Hartanah ini dibangunkan bagi tujuan Saraan Sekolah Agama Rakyat di Negeri Perak melalui pajakan di antara MAIPk, PKEINPk Sdn. Bhd. dan RNE Plantation Sdn. Bhd.melibatkan perladangan getah balak (Timber Latex Clone). Dengan termeterai perjanjian ini, MAIPk akan menerima pulangan pajakan RM58.2 juta bagi tempoh 60 tahun melalui agihan bermula projek dijalankan.

7. Majlis menantangani perjanjian ini merupakan titik permulaan bagi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dalam mengorak langkah seiring dengan kepesatan pembangunan hartanah di Negeri Perak khususnya dalam usaha memanfaatkan tanah-tanah wakaf dan baitulmal yang diselenggara oleh pihak MAIPk.

DR. AMIRUDDIN BIN MUHAMED

KetuaPegawaiEksekutif

Majlis Agama Islam danAdatMelayu Perak

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.