Majlis Persaraan Encik Mohamad Puad bin Ariffin

28 Mei 2015 (Khamis). Bersempena dengan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2014, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak(MAIPK) telah mengadakan Majlis Persaraan Encik Mohamad Puad bin Ariffin Pembantu Tadbir yang telah berkhidmat dengan MAIPk selama 32 tahun. Encik Mohamad Puad bin Ariffin telah dilahirkan di Sungai Burung, Tg Piandang pada 15 Mei 1957. Mendirikan rumahtangga dengan surihatinya dan dikurniakan 8 orang anak iaitu 5 lelaki dan3 perempuan.

Beliau yang memulakan tugas sebagai Pembantu Luar Zakat Fitrah pada 5 Mei1983 di Pejabat MAIPk Taiping sehingga tahun 1985. Pernah bertugas di Pejabat MAIPk Selama dari tahun 1985 sehingga 1993 dan kemudiaan ditukar semula ke Pejabat MAIPk Taiping pada tahun 1993 sehingga 1998. Pejabat MAIPk Parit Buntar dari tahun 1998 sehingga 2005, Pejabat MAIPk Bagan Serai dari tahun 2005 sehingga 2008. Bahagian Hartanah, Ibu Pejabat dari tahun 2008 sehingga 2011 dan Pejabat MAIPk Selama dari tahun 2015 sehingga 2016.

Sepanjang perkhidmatan beliau dengan MAIPk, Encik Mohamad Puad sentiasa komited dan menunjukkan dedikasi yang tinggi dalam menjalankan tugasnya. Encik Mohamad Puad bin Ariffin telah bersara wajib pada 15 Mei 2015 di usia 58 tahun setelah berkhidmat dengan MAIPk selama 32 tahun.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.