• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyampaian Biasiswa Pelajaran Baitulmal Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Bagi Tahun 2019

Majlis Penyerahan Van Jenazah Daripada Syarikat Kuari Batu Emas Kepada Masjid Jamek Baru Gopeng

Pada 17 Jun 2015 (Rabu), satu Majlis Penyerahan van jenazah kepada Masjid Jamek Baru Gopeng telah diadakan bertempat di perkarangan Masjid Jamek Baru Gopeng. Sumbangan van jenazah tersebut adalah daripada Syarikat Kuari Batu Emas Sdn Bhd. Penyerahan telah disempurnakan oleh Dato Hj Musa bin Hj Nordin selaku Pengerusi Eksekutif,Kuari Batu Emas Sdn Bhd.

Pengurus Unit Pembangunan Ummah, MAIPk Encik Zul Azri bin Hosaini turut hadir mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak semasa majlis penyerahan tersebut. Turut hadir ialah Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Baru Gopeng.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.