Bengkel Kelas Pemahaman Pengurusan Aset Alih

Ipoh, 25 November 2015 - Bagi meningkatkan tahap kecekapan dan pengetahuan berkaitan dengan kerja seharian, Unit Latihan, MAIPk telah mengadakan bengkel kelas pemahaman. Bengkel tersebut telah diadakan di Hotel Casuarina@Meru, Meru Raya, Ipoh. Bengkel kelas pemahaman tersebut khusus untuk kerja-kerja yang melibatkan pengurusan aset alih dan pengurusan stor telah dihadiri oleh kakitangan MAIPk dari pelbagai bahagian dan unit dari ibu pejabat dan daerah. Ianya sebagai penambahbaikan serta memantapkan lagi tahap penguasaan kerja oleh kakitangan MAIPk. Sesi bengkel telah disampaikan oleh Cik Nor Najihah binti Munon, Penolong Pengurus Pentadbiran, Bahagian Khidmat Pengurusan, MAIPk. Semoga bengkel yang diadakan dapat memberikan output yang terbaik dalam memastikan pencapaian dari aspek yang melibatkan pengurusan aset alih dan pengurusan stor adalah mencapai sasaran dan KPI yang ditetapkan.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.